Sunday, 24 August 2014

   


  Sejarah Dan Latar Belakang Masyarakat Majmuk DI MalaysiA   



                                                     NAMA
                         uNUR SYAFIQAH BT MOHD NASSIR ADABI                            
                                                          02DTM14F1100
           uSITI ZANARIAH BINTI MAMAT                                                 02DTM14F1036
           uNASIHAH BINTI AHMAD                                                            02DTM14F1088
           uSITI ZULAIKHA BINTI RAMLE                                                  02DTM14F1136
           uNURUL ASMIERA BINTI SHAZALI                                            02DTM14F1020
           uNUR QISTINA BINTI ROSMAN                                                    02DTM14F1052
   uNUR ANIS ARISHA ARIF                                                            02DTM14F1144

             
                   TAJUK            u SEJARAH DAN LATAR BELAKANG  KEMUNCULAN
                                                  MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIa
                   KHUSUS          u DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN
                   SESI                uJUN 2014                                        
                   NAMA
                  PENSYARAH  u PUAN CIK RAZANA FATIN BT MOHD KASIM
                   JABATAN      uJABATAN TEKNOLOGI MAKANAN

  Penghargaan
      Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurniaNya kami dapat menyiapkan e-folio dengan jayanya.
      Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Puan Cik Razana Fatin Bt Mohd Kasim kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan tugasan ini.
     Terima kasih kepada rakan-rakan ahli kami kerana bertungkus-lumus mencari idea dan mengeluarkan pendapat bagi menyelesaikan tugasan ini.
     Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana sanggup membantu kami dari segi kewangan.
     Akhir sekali , ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyudahkan tugasan sejarah dan latar belakang  kemunculan masyarakat majmuk di Malaysia.
   Sekian terima kasih.
Pengenalan
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.
     Tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848,  majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang melayu. Hanya sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh.
      Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.
     Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
     Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatanpecah dan perintah’ di Tanah Melayu. Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari semasa ke semasa.
 Isi-isi

     Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula epelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan  masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
     J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
     Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya  budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.
     Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.
 •  Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India
.     Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
     Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
     Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka.berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeriMelayu


Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal merek
          Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok.
 RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969
      Rusuhan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969 antara kaum Melayu dan Cina selepas pilihan raya 1969 disebabkan parti-parti  pembangkang iaitu Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan.
       Walaupun Parti Perikatan masih boleh membina kerajaan , namun kemenangan merosot  berbanding dengan pilihan raya sebelumnya . Disebabkan itu kempen pilihan raya yang seterusnya menjadi semakin hangat sehingga perbincangan tertumpu kepada isu-isu perkauman dan peribadi individu tertentu. Pada 9 Mei 1969,berlakunya peristiwa perarakan jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh terhadap seorang pemuda Cina dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya .
     Rentetan peristiwa itu, DAP dan GERAKAN telah mengadakan perarakan besar-besaran  pada 11 dan 12 Mei 1969. UMNO yang rasa tercabar turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya tersebut yang diketuai oleh Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu. Perarakan provokatif dari kedua-dua pihak seumpama ini didapati membakar semangat setiap kaum sehinggalah membawa kepada titik hitam dalam sejarah negara. Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan .Maka berlakulah peristiwa 13 Mei 1969 yang  diberi gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram. Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela penduduk Kampung Baru supayakeluar dari kampong dan balik ke hutan”.  7.30 malam perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah mendapat kebenaran polis. Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA. Semua orang melayu berkumpul di rumah MB Selangor di Kampung Baru. Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di Setapak dimana orang melayu dari Gombak telah diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru. Rusuhan ini dan kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato Harun Idris. Sesetengahnya bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas bas merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerittidak boleh tahan lagi tok.” Hampir 300 org melayu keluar menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang melayu dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang melayu di Panggung Rex, Federal dan Capitol. Pasukan Regimen Renjer yang kemudiannya digantikan polis dan tentera mengawal keadaan dan mengisytiharkan perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa. Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak terutama pemimpin-pemimpin negara mulai sedar dan meneliti isu perpaduan dengan lebih serius disebabkan keganasan yang berlaku meninggalkan kesan yang mengerikan. Justeru, para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan seumpama ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi. Seterusnya tindak balas serta-merta yang diambil bagi memberhentikan        keganasan ialah  penangkapan tokoh-tokoh yang menyokong rusuhan ini mengenakan perintah berkurung, mengawal berita-berita radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar-akhbar dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik sekaligus mengharamkan kempen pilihan raya. Beberapa tindakan lain yang menyeluruh diambil bagi memberhentikan keganasan iaitu pengisytiharan daruratpembentukan MAGERAN pada 17 Mei 1969, penubuhan Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibbah Negra(MMN) sekaligus penubuhan Majlis Perundingan Negara(MAPEN) pada 29 Januari 1970.
  Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
PEMERINTAHAN JEPUN 
     Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang melayu terlibat dalam sektor pentadbiran. Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman. Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke Tanah Melayu, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun (MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan dan membalas dendam terhadap orang Melayu. Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina telah melibatkan banyak kematian. Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan setelah kembalinya British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam kalangan mereka.
Rumusan
Secara rumusnya, ekoran dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak penjajah dan dasar tidak menggalakkan percampuran antara kaum, telah tercetus masalah perkauman dalam negaraKejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969, merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap kaum kerana tiada persefahaman, tolak ansur, dan kasih sayangBagi merialisasikan intergrasi nasional dan pembentukan negara bangsa, maka kerajaan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah tersebutDasar-dasar seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan dan diuar-uarkan ke seluruh negara supaya prinsip-prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira kaum.
     Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini agar timbul kesefahaman dan tolak ansur antara kaum demi perpaduan. Perpaduan ini amat penting bagi sesebuah negara untuk membentuk sebuah negara yang maju dan pesat membangun.Keamanan juga dapat dikekalkan apabila semangat perpaduan diamalkan di Malaysia.
     Akhir sekali, setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang bagi menjadikan peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untuk pembentukan negara bangsa Malaysia yang mantap dan tidak rapuh dimamah zaman.
Rujukan
Buku
Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin(2014) Pengajian malaysia edisi kelima, Shah Alam,Oxford Fajar Sdn.Bhd
Azmah Abdul Manaf(2001) Sejarah Sosial Masyarakatan Malaysia edisi satu , Selangor, Utusan Publication & Distribution Sdn.Bhd
Prof  Dr Mohd Safar  Hasim, Dr .Abdul  Rahman Tang Abdullah(2009) Kumpulan  Kerja Seminar edisi pertama, Kuala Lumpur, Arkib Negara Malaysia,
Internet
http://kakba.blogspot.com/2010/07/kemerdekaan-d-bawah-kepimpinan-perdana.html?m=l
Lampiran